Assalamualaikum :)
Alhamdulillah, dah lepas World Team. Ameen. Distributors Herbalife mungkin faham. Kepada non Herbalifer, WT means you dah ada group sendiri utk berjuang bersama you dlm Herbalife dan income more than 5k. Hanya utk buat you all faham saja. :) Next target, insyaAllah Active World Team. Ease me, Ya Allah. Semua ni utk keluarga. Untuk masa depan yang tiada siapa pun tau.
Subhanallah, dah 4 bulan tak menaip. Rasa kekok. Selalu dok tekan scanner Herbalife timbang orang saja kan. Tapi tiba-tiba malam ni tergerak hati nak menaip semula. Mungkin sebab bulan Mac 2012 ni adalah bulan yg sangat mencabar bg aku. Dan aku nak sharing sikit bagaimana aku bertahan. Bagaimana aku bertahan? Hanya Dia yg tau sebenarnya..
Semua orang boleh makan shake Herbalife. Yela sapa sapa yg nak lose weight ke, gain weight, utk healthy ke, preggy woman ke, even baby sekalipun semua boleh consume Herbalife. Tapi Herbalife bukan untuk semua orang. Tak faham? Ye aku pun tak faham. T_T
1. WHY Herbalife
Okay actually, tak semua orang senang terima bsnes Herbalife. Agaknya macam tu la. Kebanyakkan orang akan ada banyak alasan. Mungkin alasan munasabah atau mungkin sengaja cipta alasan. :) Tapi semua orang ada hak buat pilihan. Jadi, no problem. Apa yg paling penting dalam Herbalife, attitude! Jangan hangat-hangat tahi ayam. Sekali kita dah buat keputusan untuk bersama Herbalife demi masa depan kita, kita cuma perlu berpegang pada WHY Herbalife kita saja. Why kita nak buat Herbalife? Saja-saja? Untuk parent? Untuk anak-anak? Untuk ubah kehidupan? Dari mula aku bersama Herbalife, 3 bulan aku tergelincir dari landasan Herbalife dan masa aku terbuang macam tu saja. Alhamdulillah, WHY Herbalife aku menyedarkan aku. Kenapa aku berada di sini, kenapa aku pilih untuk bantu orang ramai padahal aku tak kenal pun mereka. Kerana misi Herbalife sangat mulia.. Bantu orang ramai, ubah kehidupan orang. Kerana mama ayah aku.
2. Event
Di saat semua orang di sekeliling aku putus asa, patah hati, apa yang patut aku buat? Kalau ikutkan hati, aku pun nak sangat putus asa, then lepak tengok tv kat rumah. Cukup masa, makan. Malam tido. Hujung minggu, dating/lepak dgn kawan-kawan. Tapi aku tak bertindak macam tu. Aku attend event setiap minggu. Walaupun seorang diri, aku tetap attend. Kenapa? Sebab yang nak berjaya adalah aku! Setiap kali aku pegi event, aku tambah kekuatan hati. Untuk aku bangkit berjuang semula. Air mata aku jadikan teman, tapi bukan bermaksud lemah. Sapu air mata, dan keluar rumah bagi flyers. Tiada lagi perkataan putus asa dalam hidup aku. Event! Event! Event! Event lah dinding yg sangat kuat untuk bagaimana Herbalifer bertahan.. So dont miss any event, kerana event yg anda tertinggal adalah event yg terbaik.
3. Attitude
Dalam Herbalife, skill hanya lah 1% saja. 99% lagi adalah attitude. Sebab tu lah, kalau ada yang tak pandai bercakap, no problem. Bukan itu yg penting. Yang penting hati kita. Attitude kita. Be positive! Orang caci, orang buang flyers, orang pandang sinis, orang gelakkan kita, orang perli, orang tak mau terima Herbalife, NO PROBLEM! Jaga attitude kita. 4 bulan aku belajar untuk menjadi seorang yg positif, dan akan terus belajar. Cabaran sebenar dalam Herbalife adalah apabila semua orang di sekeliling kita menjadi sangat negatif, tapi kita masih lagi positif, dan kita masih fikirkan cara untuk buat mereka semua menjadi positif. Attitude ni jugak lah yg membuatkan aku bertahan.
Dah banyak sangat yg berubah. Diri aku, pemikiran aku, hati aku, Subhanallah. Herbalife beri aku semua ni. Untuk berubah menjadi lebih baik. Untuk aku bantu mengubah kehidupan lebih ramai orang dgn izin Allah. Ameen.











